Saturday 20 April 2013


PANDUAN PENULISAN KERJA PROJEK PENGAJIAN AM STPM (900/4)
                       

Kepada calon-calon Pengajian Am STPM (900/4),
Saya muatkan di sini panduan umum penghasilan kerja projek mengikut urutannya bagi subjek Pengajian Am STPM Kertas 900/4 bagi Sistem Pentaksiran Baharu STPM untuk panduan calon-calon.


PANDUAN UMUM

SINOPSIS

a. Calon boleh menulis sehingga 150 patah perkataan dalam satu perenggan
    sahaja.
b. Menyatakan tajuk, objektif kajian, lokasi kajian, kaedah kajian, dapatan kajian,
    dan rumusan / kesimpulan kajian.


SENARAI KANDUNGAN

a. Calon hendaklah menulis senarai kandungan yang mengandungi semua bahagian  
    yang terdapat dalam kerja projek.


PENGHARGAAN

a. Calon hendaklah menulis aspek ini.
b. Nyatakan penghargaan.
    Contoh : Penghargaan kepada guru dan pihak sekolah, ibu bapa, rakan-rakan, 
                   responden, atau orang sumber yang diwawancara(nyatakan nama penuh
                   mereka).


PENGENALAN

a. Memberi definisi konsep.
b. Menyatakan apa sebenarnya yang hendak dikaji mengenai isu tersebut.
c. Cari ¾ terbitan mengenai isu tersebut – bahan-bahan boleh didapati daripada 
    internet, akhbar, buku-buku, majalah, terbitan berkala, dan sebagainya.
d. Mengolah semula maklumat tersebut untuk ditulis dalam bahagian pengenalan ini. 
    (Bahan-bahan yang digunakan hendaklah disimpan untuk ditulis pada bahagian  
    rujukan dan disertakan sebagai lampiran.
e. Menyatakan konsep kendalian jika perlu.


OBJEKTIF KAJIAN

a. Menggunakan kata kerja yang sepatutnya.
    Contoh :
    Mengenal pasti…, mengkaji…, mengukur.., membandingkan..,


LOKASI KAJIAN

a. Maklumat yang ditulis jangan terlalu panjang, cukup sekadar pembaca tahu
    lokasi kajian.
b. Sertakan peta, gambar foto untuk menjelaskan lokasi tersebut.


KAEDAH KAJIAN

a. Nyatakan kaedah bagaimana mendapatkan responden dan berapa bilangannya sama
    ada secara rawak dan sebagainya.
b. Penggunaan Skala Likert paling popular dalam kajian sains sosial untuk
    mendapatkan maklumat daripada responden. (lazimnya skala 1 hingga 5). Calon
    juga boleh menggunakan skala 1 hingga 3.
c. Menyatakan cara mendapatkan maklumat.
    Contoh :
    Melalui sumber premier (soal selidik, temu bual, pemerhatian), sumber sekunder   
    (rujukan internet, buku-buku ilmiah, dan sebagainya).
d. Menyatakan cara memproses data.


DAPATAN KAJIAN

a. Menyatakan data asas / nombor mutlak /peratusan (huraian secara kuantitatif dan  
    kualitatif)
b. Huraian hendaklah menjawab objektif kajian.
c. Lazimnya bahagian ini mengandungi jadual, graf, carta, rajah, gambar rajah yang
    boleh menunjukkan dapatan kajian kepada pembaca.


RUMUSAN/KESIMPULAN

a. Calon hendaklah menulis rumusan sendiri berdasarkan dapatan kajian.


RUJUKAN

a. Menulis rujukan hendaklah menggunakan gaya dewan.
b. Segala maklumat yang digunakan dalam penulisan perlu dinyatakan dalam bahagian     rujukan.


LAMPIRAN
a. Sertakan lampiran bahan-bahan yang perlu sahaja.
    Contoh :
    -  Contoh borang soal selidik.
    -  Gambar-gambar berkaitan kajian.
    -  Surat-surat kebenaran.


SELAMAT MAJU JAYA
PANDUAN UMUM MENGHASILKAN KERJA PROJEK PENGAJIAN AM STPM (900/4)

Kepada calon-calon STPM yang mengambil Kertas Pengajian AM (900/4).

Saya perturunkan di sini panduan ringkas untuk menghasilkan kerja projek bagi subjek Pengajian Am STPM Kertas 900/4 bagi Sistem Pentaksiran Baharu STPM untuk panduan calon-calon melaksanakannya.

Pemilihan Tema dan Tajuk
1. Tema yang dipilih hendaklah bersesuaian dengan kemampuan calon menentukan tajuk kerja projek yang akan dijalankan.

Mengenal Pasti Isu dan Skop Tugasan
1. Calon mengenal pasti isu dan menetapkan tajuk serta skop tugasan.
2. Skop tugasan yang dimaksudkan ialah fokus kerja projek yang akan dijalankan. Penjelasan ini penting bagi memastikan penilai dapat memahami sempadan kerja projek berkenaan.
3. Skop tugasan merangkumi isu penting yang cuba diketengahkan.
4. Isu yang dipilih hendaklah merujuk kepada kampung / taman perumahan / sekolah / bandar / daerah / negeri calon.


Menentukan Objektif Kajian
1. Calon hendaklah menjelaskan hala tuju kajian dan perkara-perkara yang diharap akan dapat dicapai pada akhir kajian nanti.
2. Pernyataan ini hendaklah jelas, rasional, serta relevan dengan masalah yang dikaji.
3. Objektif hendaklah mampu dicapai dan pencapaiannya itu sewajarnya boleh diukur.
4. Calon boleh menyatakan objektif kajiannya secara khusus.
Contoh:
a. Mengenal pasti persepsi pelanggan terhadap Kedai Dobi X di Taman A;
b. Mengenal pasti strategi pengusaha Kedai Dobi X di Taman A.


Menerangkan Konsep Kendalian
1. Calon dikehendaki memberikan penerangan mengenai “Jargon” dalam tajuk kajian yang akan diguna.
Contoh:
a. Menerangkan maksud pelanggan.
b. Menerangkan maksud pengusaha.
c. Menerangkan maksud strategi.

Menentukan Lokasi Kajian
1. Calon digalakkan untuk memilih lokasi kajian yang sesuai, iaitu mudah dituju dan dekat dengan tempat tinggal calon.
2. Ini memudahkan pengutipan data kajian untuk dianalisis.
Contoh: Perniagaan Kedai Dobi X di Taman A. (Tugasan ini hanya tertumpu kepada Kedai Dobi X sahaja, bukan kedai dobi lain yang ada di taman itu atau di tempat lain. Oleh itu semua perkara yang hendak dikaji, hanyalah berkisar kepada kedai tersebut).

Menentukan Kaedah Kajian
1. Calon boleh menggunakan beberapa kaedah kajian untuk mendapatkan maklumat.
2. Antaranya adalah seperti berikut:

a.Pemerhatian
Kaedah ini boleh digunakan semasa lawatan ke kawasan kajian. Kaedah ini digunakan untuk memerhatikan perlakuan individu atau kumpulan orang atau kawasan yang dikaji.

b.Temu bual
Kaedah ini melibatkan dua peringkat iaitu secara formal dan tidak formal. Kaedah secara formal melibatkan individu yang mempunyai jawatan/pangkat dalam sesebuah organisasi atau kelompok masyarakat. Temu bual ini menyentuh mengenai maklumat yang berkaitan dengan tajuk kerja projek. Manakala temu bual secara tidak formal pula berdasarkan temu bual dengan orang persendirian. Kaedah ini kebiasaannya menggunakan alat perakam suara untuk merakam perbualan dan kemudiannya digunakan untuk menganalisis temu bual tersebut.

c.Soal Selidik
Kaedah soal selidik ini dijalankan untuk mendapatkan maklumat dengan lebih tepat dan betul. Dalam kaedah ini, borang soal selidik diperlukan untuk memudahkan lagi kajian yang hendak dijalankan. Calon boleh mereka bentuk borang soal selidik yang sesuai dengan tajuk yang dikaji dan dapat memenuhi
bjektif kajian. Borang itu boleh diedarkan secara rawak kepada responden di kawasan kajian.

d.Rujukan (kajian arkib)
Kaedah ini dijalankan dengan cara merujuk kepada buku teks dan buku rujukan di perpustakaan untuk mendapatkan maklumat tambahan. Di samping itu, calon juga boleh membuat rujukan internet. Kaedah ini kebiasaannya menjadi kaedah tambahan kepada kajian. Hal ini berdasarkan kepada skop kajian.
   
Menganalisis Data
a. Calon dikehendaki menganalisis data-data yang dikutip daripada kaedah kajian yang telah dijalankan.
b. Data-data tersebut dianalisis secara kuantitatif, iaitu dalam bentuk kekerapan, angka,peratusan, min / purata atau dianalisis secara kualitatif, iaitu dengan cara huraian.

Menjelaskan / Membincangkan Dapatan Kajian
a. Calon dikehendaki menjelaskan atau membincangkan dapatan kajian dalam bentuk esei bertulis dengan disertakan sama ada jadual / carta / graf bagi menyokong hasil kajian. Menghasilkan Rumusan a. Calon dikehendaki membuat rumusan atau kesimpulan daripada perbincangan.
b. Calon juga diharapkan dapat menunjukkan sejauh mana hasil kajian yang dijalankan itu menepati objektif kajian yang ditetapkan.
c. Calon juga boleh menyatakan kepentingan kajian (signifikan kajian).