Monday 9 July 2012

Bentuk dan Sistem Negara (Info Extra)


BENTUK dan SISTEM KERAJAAN

 


KONSEP NEGARA
Negara adalah suatu wilayah di permukaan bumi yang kekuasaannya sama ada politik, ketenteraan, ekonomi, sosial ataupun budayanya diatur oleh kerajaan yang berada di wilayah/negara tersebut. Kerajaan tersebut adalah bebas dan tidak terletak di bawah pemerintahan kerajaan lain.Kini terdapat 193 buah negara yang diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
          Kerajaan adalah organisasi yang mempunyai kuasa untuk membuat dan melaksanakan undang-undang dalam sesuatu kawasan tertentu.


SISTEM NEGARA
Sistem politik yang diamalkan di setiap negara dan kerajaan adalah berbeza berdasarkan ideologi politik yang digunakan. Antaranya seperti berikut :

Demokrasi
              Demokrasi ialah suatu bentuk kerajaan yang mana kuasa menggubal undang-undang dan struktur kerajaan adalah ditentukan oleh rakyat. Dalam sistem demokrasi, undang-undang digubal samada oleh rakyat atau wakil yang dipilih oleh rakyat. Sebuah negara atau kerajaan yang mengamalkan sistem demokrasi adalah dipanggil negara atau kerajaaan yang demokratik. 

Komunis
Komunisme merujuk kepada fahaman politik yang mana rakyat mempunyai kuasa mutlak untuk mentadbir negara dan segala produk keluaran negara menjadi milik bersama rakyat. Antara pengasasnya yang paling penting termasuklah Karl Marx dan Friedrich Engels. Era kegemilangan komunisme ialah antara akhir Perang Dunia II dan tahun 90-an apabila komunisme berkuasa di Kesatuan Soviet.Sebagai teori sistem sosial, komunisme menjurus kepada sistem sosial egalitarian iaitu tanpa kerajaan, harta dan kelas. Menurut ideologi ini, semua harta dimiliki oleh rakyat, dan setiap rakyat mempunyai status sosial dan ekonomi yang sama. Menurut komunisme, agama adalah racun yang boleh mengongkong pemikiran rakyat.    
Ideologi komunisme mula diterapkan ketika meletusnya Revolusi Bolshevik di Rusia pada 7 November 1917. Sejak itu komunisme disebarkan sebagai sebuah ideologi ke negara lain.
Secara rasminya ada 9 buah negara yang pernah ditubuhkan berpegang dengan fahaman komunis: 

Lenin and Stalin

Kesatuan Soviet (Kesatuan Republik Sosialis Soviet) 

China (Republik Rakyat China)

Cuba (Republik Cuba) 

Laos (Republik Demokratik Rakyat Lao) 
Vietnam (Republik Sosialis Vietnam) 
Korea Utara (Republik Demokratik Rakyat Korea) 
Yaman Selatan

(Republik Demokratik Rakyat Yaman) 

Myanmar/Burma (Republik Sosialis Kesatuan Burma) 
Kemboja/Kampuchea (Demokratik Kampuchea) 


          Walau bagaimanapun hanya 5 buah negara yang kekal memerintah di bawah komunis, iaitu 
China, Laos, Vietnam, Cuba dan Korea Utara. 

Sosialis
          Sosialisme merupakan teori atau sistem organisasi sosial dan ekonomi yang mana salah satu ciri utamanya adalah sumber kekayaan negara dinikmati bersama oleh seluruh rakyat secara sama rata. Beberapa orang berpendapat Robert Owen yang berasal dari Wales, merupakan seorang sosialis yang pertama. Beliau dianggap sebagai pengasas gerakan koperasi di Britain. Beliau berkata pekerjalah yang sepatutnya menjadi tuan untuk syarikat yang mereka bekerja. Pekerja kemudiannya berkongsi keuntungan sesama mereka.Kebanyakan parti sosialis ditubuhkan semasa kurun ke-19 dan awal kurun ke-20.Antara sosialis terkenal adalah Karl Marx yang menulis buku The Communist Manifesto. Sosialis terkenal lain adalah Vladimir Lenin, James Connolly, Rosa Luxemburg, Fidel Castro, Muammar al-Gaddafi, Albert Einstein, Robert Mugabe, Ho Chi Minh dan John Lennon.

  Karl Marx

Sosialisme dan Komunisme
          Sekali imbas, perkataan "sosialisme" dan "komunisme" seolah-olah satu perkara yang sama. Tetapi pada hari ini dua perkataan ini bermaksud perkara yang berbeza. Kebanyakan orang yang bukan komunis merujuk komunisme sebagai Marxisme dan Leninisme iaitu idea-idea yang berasal dari Parti Bolshevik di Rusia.Selepas Perang Dunia Pertama dan Revolusi Rusia, sosialisme terbahagi kepada dua. Sesetengah golongan sosialis mengikut Lenin dan dipanggil komunis. Sesetengah yang lain pula percaya kepada sistem parlimen dan mereka ini dipanggil sosial demokrat. Sosial demokrat sangat tidak bersetuju dengan komunis tetapi antara ciri mereka ini adalah menyokong konsep negara kebajikan.
  
Diktator
        Diktator merupakan seorang pemimpin negara yang berkuasa mutlak. Diktator biasanya bukan dipilih secara demokratik oleh rakyat negaranya, dan merampas kuasa melalui cara kekerasan. Seorang diktator berupaya melaksanakan undang-undang sendiri tanpa perundingan dengan pihak atau badan lain. Biasanya, diktator merupakan ketua tentera atau parti dominan satu negara.Di negara-negara Barat, istilah "diktator" biasanya dikaitkan dengan kekerasan dan penindasan yang kejam. Contoh-contoh orang yang dianggap diktator ialah Benito Mussolini dari Itali, Adolf Hitler dari Jerman, Idi Amin dari Uganda dan Francisco Franco, bekas Ketua Negara Sepanyol.

  

Monarki 

    Monarki, (dari bahasa Yunani "monos archein", bermaksud "satu pemerintah") merupakan sejenis kerajaan di mana Raja menjadi Ketua Negara. 
Monarki atau sistem pemerintahan beraja adalah sistem tertua di dunia. Pada awal kurun ke-19, terdapat lebih 900 buah takhta kerajaan di dunia, tetapi menurun kepada 240 buah dalam abad ke-20. Manakala pada dekad kelapan abad ke-20, hanya 40 takhta sahaja yang masih kekal. Daripada jumlah tersebut, hanya empat negara mempunyai raja atau monarki yang mutlak dan selebihnya terhad kepada sistem perlembagaan. 

        Perbezaan di antara raja dengan presiden sebagai ketua negara adalah raja menjadi ketua negara sepanjang hayatnya, manakala presiden biasanya memegang jawatan ini buat jangkamasa yang tertentu. Namun dalam negara-negara persekutuan seperti Malaysia, Raja atau Agong hanya 
berkuasa selama 5 tahun dan akan digantikan dengan raja dari negeri lain dalam persekutuan. Pada zaman sekarang, konsep monarki mutlak hampir tidak wujud lagi dan kebanyakannya adalah raja berperlembagaan, iaitu raja yang terhad kuasanya oleh perlembagaan. Monarki juga merujuk kepada orang atau institusi yang berkaitan dengan raja atau kerajaan yang mana raja berfungsi sebagai ketua eksekutif.

 

 

NEGARA KESATUAN

 

        Bentuk negara menyatakan struktur organisasi sebagai suatu keseluruhan yang meliputi semua unsurnya atau negara dalam wujudnya sebagai suatu organisasi. Negara kesatuan (unitaris) adalah negara yang bersusun tunggal, yang mana pemerintahan pusat memegang kekuasaan untuk menjalankan urusan pemerintahan dari pusat hingga daerah.bersusun tunggal berarti dalam negara hanya ada satu negara, satu pemerintahan, satu kepala negara, satu undang-undang dasar dan satu lembaga legislatif. Bentuk negara kesatuan merupakan bentuk negara yang sederhana tetapi dapat menghasilkan negara yang kuat karena hanya terdapat satu pemerintahan yang berdaulat ke dalam dan keluar.  

 Dari sudut negatifnya, dibimbangi bentuk negara ini menimbulkan pemusatan kekuasan yang birokratis sehingga dapat menghambat kelancaran urusan pemerintahan. Keburukan itu dapat dihilangkan apabila pelaksana kekuasaan negara memiliki kontrol yang tinggi terhadap diri sendiri (moral) dan ada kawalan daripada rakyat melalui melalui lembaga yang berwenang

 

 a. Negara Kesatuan Sistem Sentralisasi 

        Negara kesatuan sistem sentralisasi adalah bentuk negara  yang mana pemerintahan pusat memiliki kedaulatan penuh untuk menyelenggarakan urusan pemerintah dari pusat hingga daerah, termasuk segala hal yang menyangkut urusan pemerintahan daerah. Pemerintah daerah hanya bersifat pasif dan menjalankan perintah dari pemerintah pusat. Singkatnya pemerintah daerah hanya sebagai pelaksana belaka. Contoh negara yang menerapkannya adalah Jerman pada masa Hitler.

 

1. Kebaikan negara kesatuan sistem  

     sentralisasi adalah :

 

    - Terdapat keseragaman hukum di seluruh  

       wilayah negara

 

    - Pemerintahan mengurus langsung semua  

       urusan sampai ke daerah

    - Tidak memerlukan biaya yang besar

 

2. Kelemahan negara kesatuan sistem  

    sentralisasi adalah :

 

    - Bertumpuknya pekerjaan pemerintah  

       Pusat yang dapat menghambat proses

       pelaksanaan  pembangunan

    - Rakyak akan bersifat apatis dan tidak

       mempunyai tanggungjawab dalam

       pelaksanaan pembangunan di daerahnya

    - Peraturan yang dibuat pemerintah pusat

       sering tidak sesuai dengan kebutuhan

       daerah

 

b.  Negara Kesatuan Sistem Desentralisasi :

 

      Negara kesatuan sistem desentralisasi adalah bentuk negara yang mana pemerintahan pusat sebagai pemegang kekuasaan tertinggi dalam negara/memberikan sebagian kekuasaannya kepada daerah untuk mengatur dan mengurus rumah tangganya sendiri. Keikutsertaan daerah untuk mengatur dan mengurus rumah tangganya sendiri di- sebut hak otonomi.

 

       Dalam sistem pemerintahan ini daerah membuat peraturan yang sesuai dengan kondisi daerahnya, asal peraturan itu tidak bertentangan dengan peraturan diatasnya. Pemerintah pusat tidak lagi memegang kekuasaan seluruh urusan pemerintahan, melainkan hanya urusan urusan pokok saja, seperti urusan pemerintahan umum, politik, kewangan dan hubungan luar negeri.

Contoh negara yang menerapkan sistem ini ialah Indonesia.

 

1. Kebaikan dari negara kesatuan kesatuan dengan sistem desentralisasi adalah:

 

    - Pemerintah daerah dapat membuat peraturan yang sesuai dengan situasi dan kondisi daerahnya     - Oleh sebab peraturan sesuai kondisi dan keadaan daerahnya maka rakyat dapat berperanan secara aktif dalam pembangunan untuk memajukan daerahnya

 

2. Kelemahan negara kesatuan dengan sistem Desentralisasi adalah:


     - Tidak adanya keseragaman peraturan di
 seluruh wilayah negara

 

     - Sistem ini memerlukan biaya yang besar

 


NEGARA KEBAJIKAN
           Negara kebajikan adalah negara yang mana kerajaan mempunyai tanggungjawab untuk memberi bantuan wajib kepada rakyatnya. Negara kebajikan boleh merujuk kepada:
Penyediaan perkhidmatan kebajikan oleh negara Dalam keadaan yang ideal, kerajaan mempunyai tanggungjawab utama dalam menjaga hampir setiap aspek kebajikan rakyak. Dalam hal ini setiap aspek kebajikan dianggap hak sejagat rakyat. Penyediaan perkhidmatan kebajikan oleh masyarakat sendiri. Di kebanyakan "negara kebajikan" terutamanya di benua Eropah, perkhidmatan kebajikan disediakan oleh kombinasi badan-badan bebas, sukarelawan dan perkhidmatan kerajaan. 
           Mereka ini boleh jadi kerajaan pusat atau negeri, syarikat atau agensi yang dibiayai kerajaan, syarikat persendirian, organisasi amal atau organisasi bukan berasaskan keuntungan. Fenomena ini lazimnya lebih dikenali sebagai "masyarakat kebajikan". Negara kebajikan lazimnya ditemui di negara Scandinavia seperti Denmark, Finland, Iceland, Sweden dan Norway. Negara seperti Perancis, Jerman dan Belgium juga membelanjakan banyak wang dalam program kebajikan. Di negara Scandinavia, kerajaan mengenakan cukai yang tinggi untuk membiayai program kebajikan.

Negara Belanja Kebajikan (% dari KDNK)  KDNK per kapita (PPP US$)  
 
 
Denmark 29.2 $29,000
Sweden 28.9 $24,180
Perancis 28.5 $23,990
Jerman 27.4 $25,350
Belgium 27.2 $25,520
Switzerland 26.4 $28,100
Austria 26.0 $26,730
Finland 24.8 $24,430
                                                            Belanda     24.3  $27,190