Saturday 20 April 2013


PANDUAN PENULISAN KERJA PROJEK PENGAJIAN AM STPM (900/4)
                       

Kepada calon-calon Pengajian Am STPM (900/4),
Saya muatkan di sini panduan umum penghasilan kerja projek mengikut urutannya bagi subjek Pengajian Am STPM Kertas 900/4 bagi Sistem Pentaksiran Baharu STPM untuk panduan calon-calon.


PANDUAN UMUM

SINOPSIS

a. Calon boleh menulis sehingga 150 patah perkataan dalam satu perenggan
    sahaja.
b. Menyatakan tajuk, objektif kajian, lokasi kajian, kaedah kajian, dapatan kajian,
    dan rumusan / kesimpulan kajian.


SENARAI KANDUNGAN

a. Calon hendaklah menulis senarai kandungan yang mengandungi semua bahagian  
    yang terdapat dalam kerja projek.


PENGHARGAAN

a. Calon hendaklah menulis aspek ini.
b. Nyatakan penghargaan.
    Contoh : Penghargaan kepada guru dan pihak sekolah, ibu bapa, rakan-rakan, 
                   responden, atau orang sumber yang diwawancara(nyatakan nama penuh
                   mereka).


PENGENALAN

a. Memberi definisi konsep.
b. Menyatakan apa sebenarnya yang hendak dikaji mengenai isu tersebut.
c. Cari ¾ terbitan mengenai isu tersebut – bahan-bahan boleh didapati daripada 
    internet, akhbar, buku-buku, majalah, terbitan berkala, dan sebagainya.
d. Mengolah semula maklumat tersebut untuk ditulis dalam bahagian pengenalan ini. 
    (Bahan-bahan yang digunakan hendaklah disimpan untuk ditulis pada bahagian  
    rujukan dan disertakan sebagai lampiran.
e. Menyatakan konsep kendalian jika perlu.


OBJEKTIF KAJIAN

a. Menggunakan kata kerja yang sepatutnya.
    Contoh :
    Mengenal pasti…, mengkaji…, mengukur.., membandingkan..,


LOKASI KAJIAN

a. Maklumat yang ditulis jangan terlalu panjang, cukup sekadar pembaca tahu
    lokasi kajian.
b. Sertakan peta, gambar foto untuk menjelaskan lokasi tersebut.


KAEDAH KAJIAN

a. Nyatakan kaedah bagaimana mendapatkan responden dan berapa bilangannya sama
    ada secara rawak dan sebagainya.
b. Penggunaan Skala Likert paling popular dalam kajian sains sosial untuk
    mendapatkan maklumat daripada responden. (lazimnya skala 1 hingga 5). Calon
    juga boleh menggunakan skala 1 hingga 3.
c. Menyatakan cara mendapatkan maklumat.
    Contoh :
    Melalui sumber premier (soal selidik, temu bual, pemerhatian), sumber sekunder   
    (rujukan internet, buku-buku ilmiah, dan sebagainya).
d. Menyatakan cara memproses data.


DAPATAN KAJIAN

a. Menyatakan data asas / nombor mutlak /peratusan (huraian secara kuantitatif dan  
    kualitatif)
b. Huraian hendaklah menjawab objektif kajian.
c. Lazimnya bahagian ini mengandungi jadual, graf, carta, rajah, gambar rajah yang
    boleh menunjukkan dapatan kajian kepada pembaca.


RUMUSAN/KESIMPULAN

a. Calon hendaklah menulis rumusan sendiri berdasarkan dapatan kajian.


RUJUKAN

a. Menulis rujukan hendaklah menggunakan gaya dewan.
b. Segala maklumat yang digunakan dalam penulisan perlu dinyatakan dalam bahagian     rujukan.


LAMPIRAN
a. Sertakan lampiran bahan-bahan yang perlu sahaja.
    Contoh :
    -  Contoh borang soal selidik.
    -  Gambar-gambar berkaitan kajian.
    -  Surat-surat kebenaran.


SELAMAT MAJU JAYA

1 comment:

  1. cikgu,adakah kerja kursus pengajian am perlu dibentangkan?Kalau ya,adakah saya sbg calon persendirian perlu membuat perbentangan juga?Kalau ya,perbentangan dilaksanakan di mana?

    ReplyDelete